fbpx

Gajah liar lintas jalan di Kuala Krai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan seekor gajah liar melintas jalan di Jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Kampung Paloh, Kuala Krai malam tadi.

KUALA KRAI – Pengguna jalan raya yang melalui Jalan Kuala Krai-Gua Musang dekat Kampung Paloh di sini gempar selepas terserempak dengan seekor gajah liar yang melintas jalan di kawasan itu malam tadi.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan, Mohamad Hafid Rohani berkata, pihaknya menerima laporan dari orang awam mengenai kejadian itu hari ini.

Menurutnya, siasatan mendapati, haiwan itu keluar ke tepi jalan selepas habitatnya dipercayai diganggu sehingga menyebabkan kawasan terbabit kekurangan makanan.

“Berdasarkan maklumat itu, Perhilitan Kelantan telah memantau kawasan berkenaan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini melibatkan pengguna jalan raya di kawasan itu.

“Sebelum ini, tiada laporan berhubung kehadiran gajah liar di kawasan terbabit, namun kita kerap menerima maklumat bahawa gajah sering muncul di situ sejak akhir-akhir ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mohamad Hafid memberitahu, setakat ini, beliau berharap orang ramai terus melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai kehadiran gajah liar di kawasan sekitar untuk tindakan susulan.

Terdahulu tular di Facebook, video berdurasi 19 saat yang memaparkan seekor gajah liar melintas jalan di Kampung Paloh dekat Jalan Kuala Krai-Gua Musang di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI