fbpx
VIDA menggayakan telekung gergasi dalam video muziknya bertajuk Ku Ikhlaskan.

Telekung gergasi Vida tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MINGGU ini, selain isu panas Zul Ariffin, Datuk Seri Vida juga antara yang berjaya menuai perhatian ramai menerusi video muzik single baharunya, Ku Ikhlaskan.

Video muzik yang dikatakan menelan belanja sebanyak ratusan ribu ringgit itu menjadi bahan bualan ramai termasuk bekas kekasihnya, Iqbal Zulkefli.

Lucunya, bukan kualiti vokal dan jalan cerita sahaja yang menjadi bualan tetapi juga busana digayakan Vida termasuk telekung bersaiz gergasi yang dipakainya.

Segelintir netizen teruja melihat busana yang direka mirip telekung itu dan tertanya-tanya berapa meter kain diperlukan untuk menghasilkannya.

“Ini kalau pergi solat tarawih, habis semua orang pijak telekung,” seloroh seorang netizen.

Terdapat juga yang memuji setiap busana yang dipakai Vida dalam video muzik itu sehingga ada yang mengatakan persis fesyen artis antarabangsa.

POPULAR