fbpx
Gambar hiasan

Amaran ribut petir di enam negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan enam buah negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, keadaan hujan lebat serta ribut petir dijangka berlaku sehingga pukul 4 petang di seluruh negeri Melaka, Johor serta beberapa daerah di Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Di Perak, daerah yang dijangka mengalami ribut petir atau hujan lebat ialah di Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Manakala di Pahang, kawasan terlibat ialah Tanah Tinggi Cameron dan Raub,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, cuaca sama turut diramalkan berlaku di Hulu Selangor, Selangor.

“Cuaca sama juga boleh berlaku Rembau dan Tampin, Negeri Sembilan sehingga pukul 4 petang ini,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN