fbpx

Rosmah nafi pernah terima kalung berlian merah jambu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datin Seri Rosmah Mansor dan gambar hiasan kalung berlian Lorraine Schwartz.

KUALA LUMPUR – Pihak pembelaan Datin Seri Rosmah Mansor dengan tegas mengatakan anak guamnya tidak pernah menerima kalung berlian merah jambu seperti yang didakwa oleh tukang emas berprestij New York, Amerika Syarikat Lorraine Schwartz.

Peguam Rosmah, Datuk Geethan Ram Vincent berkata, ia terbukti apabila beberapa serbuan yang dilakukan pihak berkuasa gagal menemui barang kemas terbabit dalam pemilikan anak guamnya.

“Anak guam kami juga tidak tahu mengenai invois (barangan kemas) yang dikemukakan kepada juri dalam perbicaraan terhadap pengurus bank Goldman Sachs, Roger Ng dalam prosiding itu. Dalam apa jua keadaan, anak guam kami mengambil kedudukan bahawa pengeluaran invois itu tidak membawa kepada satu bentuk bukti konklusif yang mengaitkan anak guam kami dalam pembelian kalung berlian merah jambu berkenaan.

“Anak guam kami menyatakan bahawa dengan mensensasikan isu ini adalah satu lagi cubaan keji untuk memfitnah anak guam kami dan suaminya secara politik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, anak guamnya mengulangi  pendirian dan suaminya, Datuk Seri Najib Razak bahawa mereka setiap masa hanya mengetahui bahawa Putera Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mansour Zayed berhasrat memberikan rantai itu sebagai hadiah.

Kata peguam itu, Rosmah dan Najib tidak pernah menuntut, meminta dan berhasrat untuk membeli rantai itu, malah nilai barangan kemas berkenaan tidak pernah dimaklumkan kepada pasangan terbabit.

Terdahulu berdasarkan laporan Bloomberg, Lorraine dalam keterangannya memberitahu bahawa beliau memperolehi perjanjian AS$23 juta untuk menjual kepada Rosmah seutas kalung berlian 22 karat.

Laporan itu menyebut Rosmah mahukan berlian 18 karat tetapi Schwartz hanya mempunyai berlian 22 karat, bagaimanapun perjanjian itu tetap dicapai.

Kelmarin agensi media luar negara melaporkan juri dalam perbicaraan kes bekas ketua pelaburan perbankan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng akhirnya melihat bukti kukuh tentang barang kemas yang dibeli dengan wang yang dipercayai digunakan menggunakan dana skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI