fbpx

Risda sumbang RM2.5 juta untuk anak pekebun kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABDUL RAHMAN Mohamad (tengah) menyampaikan replika cek Program Tuisyen Rakyat bernilai RM312,000 kepada wakil Jabatan Pendidikan Pahang, Shahrom Othman (depan, kanan) di Lipis hari ini.

LIPIS – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menerusi Yayasan Risda memperuntukkan sebanyak RM2.5 juta bagi membantu anak pekebun kecil yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di bawah Program Tuisyen Rakyat.

Timbalan Menteri I, KPLB, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, seramai 3,000 anak pekebun kecil memperoleh manfaat daripada program yang berkonsepkan kelas bimbingan tambahan melibatkan mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah.

“Sebanyak 200 buah pusat tuisyen dibuka dengan penglibatan seramai 15 calon SPM di setiap pusat berkenaan di seluruh negara.

“Melalui program ini, pelajar dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik selari dengan hasrat kerajaan untuk memfokuskan kumpulan sasar sebagai pemangkin kecemerlangan modal insan generasi pekebun kecil,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian bantuan persekolahan dan replika cek Program Tuisyen Rakyat Risda peringkat negeri di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahman, pelajar yang terlibat dipilih Pegawai Pendidikan Dearah (PPD) dan sekolah masing-masing yang terdiri daripada anak pekebun kecil yang berpendapatan rendah.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI