fbpx

Penyanyi nasyid ditahan, tanam pokok ganja dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fakhrudin Abdul Hamid (kiri) melihat pokok ganja yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Petaling Jaya di sini, hari ini. FOTO : FARIZ RUSADIO

PETALING JAYA – Polis menahan penyanyi nasyid kerana disyaki memiliki dadah dan menanam pokok ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara, di sini semalam.

Bertindak atas maklumat, polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menahan lelaki berusia 47 tahun terbabit pada pukul 5.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menemui satu bekas plastik berwarna biru atau hitam di dalamnya terdapat dua plastik lut sinar berisi daun kering disyaki ganja seberat 214 gram di dalam rumah berkenaan.

Nilai dadah yang dirampas dianggarkan RM10,700.

“Pemeriksaan lanjut di bahagian sebelah dapur menjumpai satu almari dan di dalamnya terdapat tiga pokok disyaki pokok ganja.

“Turut dirampas satu botol cecair pemusnah serangga, alat penyukat suhu, dua lampu LED serta satu alat menyiram tanaman,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pemeriksaan di dalam bilik pertama menjumpai 13 pokok dalam pasu disyaki pokok ganja selain satu pokok tumbuhan sama di balkoni.

“Sebanyak 17 pokok ganja dirampas bernilai RM10,200,” ujarnya.

Sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Wish dan wang tunai turut disita. Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis THC.

Suspek mempunyai sejarah terlibat penagihan dadah lebih kurang 10 tahun dan menanam pokok ganja selama dua bulan.

“Suspek direman sehingga Jumaat dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6B Akta yang sama,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI