fbpx
Gambar hiasan

Dicop tak kenang budi enggan buat pinjaman RM50,000 balas jasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Setiap anak yang sudah membina kerjaya pasti mempunyai niat untuk berbakti terhadap kedua orang tua bagi membalas jasa serta pengorbanan mereka.

Namun, sebaliknya ada sesetengah ibu bapa yang merasakan anak-anak wajib melaksanakan tanggungjawab itu sehingga mendesak tanpa memikirkan soal kewangan anak yang masih belum stabil sepenuhnya.

Menerusi perkongsian oleh seorang selebriti Fedtri Yahya di media sosial, seorang pengguna mengadu kedua-dua ibu bapanya seperti mewajibkan kesemua anak membuka pinjaman peribadi sebanyak RM50,000 agar dapat menghulurkan duit poket setiap bulan.

“Setiap bulan hari gaji mesti menjadi isu, ibu bapa saya seolah mewajibkan setiap anak membuat pinjaman sebanyak RM50,000 bagi membalas jasa mereka.

Tangkap layar perkongsian seorang anak di media sosial.

“Kakak dan abang saya sudah buat, jadi mereka mahu saya buat pinjaman sedangkan saya tak mampu kerana komitmen tinggi,” ujarnya.

Katanya, dirinya masih belum mampu kerana sudah berkeluarga selain mempunyai hutang pengajian, kereta serta kos sara hidup di ibu kota yang tinggi.

Menurutnya, ibu bapanya tidak memahami perkara itu dan menganggap beliau sebagai anak yang tidak mengenang budi.

Sementara itu, rata-rata pengguna media sosial bersimpati dengan nasibnya itu dan menasihati agar menolak permintaan ibu bapa pengguna itu dengan cara yang baik.

“Teruskan tunjuk akhlak baik kepada ibu bapa, termasuklah menolak permintaan mereka yang tidak masuk akal dengan cara baik. Bukan hak mereka nak minta duit yang sepatutnya menjadi nafkah untuk keluarga,” kata Asraf.

“Apabila ibu bapa harap anak yang akan senangkan mereka bila anak dah besar. Mereka lupa anak-anak juga akan ada komitmen serta keluarga sendiri. Rezeki setiap orang lain-lain,” ujar Rara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI