fbpx

Bapa ditahan insiden tiga budak keluar badan pada tingkap kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI berbahaya tiga kanak-kanak yang duduk di atas tingkap kereta yang sedang bergerak di jalan raya tular dalam media sosial hari ini.-FOTO MEDIA SOSIAL

IPOH – Seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkaitan rakaman aksi berbahaya tiga kanak-kanak duduk pada tingkap sebuah kereta yang sedang bergerak di atas jalan raya yang tular di media sosial semalam.

Lelaki berusia 37 tahun yang merupakan ejen insurans itu ditahan di rumahnya di Sunway City, Tambun di sini pada pukul 9.30 malam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, tiga anak suspek yang terlibat dalam aksi tular itu juga akan dipanggil bagi melengkapkan siasatan.

Katanya, siasatan sedang dijalankan di mana tindakan tegas akan diambil terhadap perbuatan pemandu itu yang dilihat sebagai tidak bertanggungjawab.

“Tindakan lelaki terbabit membenarkan kanak-kanak itu mengeluarkan separuh badan pada tingkap penumpang ketika kenderaan sedang bergerak merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab.

“Kita sedang melengkapkan siasatan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan tuduh,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Peringatan Hari Polis Ke-215 peringkat negeri Perak di Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, di sini hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi satu minit dua saat yang menunjukkan tiga kanak-kanak berpakaian seragam sekolah mengeluarkan separuh badan di tingkap kereta jenis Mercedes Benz ketika kenderaan itu sedang bergerak di jalan raya.

Aksi berbahaya itu mengundang kritikan warga maya yang rata-rata mengecam tindakan pemandu terbabit yang tidak menegah perbuatan kanak-kanak itu dalam keadaan kereta dipandu laju. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI