fbpx

Sasaran Itali tetap tidak berubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ITALI berdepan laluan getir untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia apabila dijangka perlu berdepan Portugal. – AFP

MILAN – Itali tetap meletakkan sasaran untuk memenangi Piala Dunia biarpun perlu berdepan laluan berliku bagi melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar November depan.

Juara Euro 2020 itu bagaimana­pun perlu melepasi halangan Macedonia Utara terlebih dahulu pada saingan separuh akhir playoff kelayakan Piala Dunia di Stadium Renzo Barbera awal pagi esok.

Sekiranya menang, Itali akan berdepan satu lagi halangan sukar sama ada bertemua Portugal ataupun Turki pada aksi final bagi merebut satu slot ke pusi­ngan akhir nanti.

“Sasaran kami adalah untuk memenangi Piala Dunia, jadi kami tidak ada cara lain selain menang dua aksi playoff ini. Saya tahu ia sukar tetapi bukanlah perkara mustahil bagi kami.

“Itali memiliki pemain-pemain hebat yang membentuk sebuah pasukan seperti sekarang. Kami perlu bina keyakinan tersebut dan saya percaya dengan kemampuan semua pemain,” kata jurulatih Itali, Roberto Mancini.

Beliau turut menjelaskan tidak akan mengubah corak permainan pasukan itu selepas kehilangan khidmat tonggak pertahanan termasuk Giorgio Chiellini, Leonardo Bonucci, Leonardo Spinazzola dan Giovanni Di Lorenzo.

“Kami tidak ada masa untuk mencuba taktik baharu dalam sesi latihan, jadi corak permai­nan masih kekal sama seperti Euro sebelum ini. Saya yakin Itali tidak akan berdepan banyak masalah,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI