fbpx

Rudiger pemain terpantas di EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUDIGER (kanan) mengatasi Salah untuk muncul pemain yang melakukan larian terpantas dalam saingan EPL. – AFP

LONDON – Pemain pertahanan Chelsea, Antonio Rudiger menjadi pemain yang merekodkan catatan larian terpantas dalam saingan Liga Perdana Inggeris setakat musim ini.

Pemain berusia 29 tahun itu melakukan larian dengan catatan 36.69 kilometer sejam (km/j) ketika Chelsea terikat 1-1 menentang Brighton sebelum ini.

Pemain antarabangsa Jerman itu berjaya memintas pencapaian yang dilakukan oleh bintang Liverpool, Mohamed Salah yang sekadar mencatat 36.59km/j.

Bagaimanapun, Chelsea mungkin terpaksa akur dengan kehilangan pemain pantas apabila Rudiger dilaporkan bakal meninggalkan Stamford Bridge hujung musim ini selepas kontraknya berakhir.

Bagaimanapun, Rudiger bukanlah satu-satunya pemain pertahanan yang memiliki kepantasan sebaliknya pemain pertahanan baharu Liverpool, Ibrahim Konate turut berada dalam kelompok tiga teratas apabula melakukan catatan 36.21km/j.

Dalam pada itu, dua lagi pemain, penyerang Aston Villa, Ollie Watkins dan penggempur Leicester City, Patson Daka turut berada dalam senarai lima pemain terpantas apabila mereka berkongsi catatan 36.04 km/j.

Watkins berjaya menjaringkan tujuh gol musim ini dan kepantasan serta ketajaman yang dimiliki menyebabkan dia berjaya mendapat panggilan daripada skuad England untuk aksi persahabatan antarabangsa kali ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI