fbpx

Pengakuan jelek Robert Pattinson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROBERT PATTINSON

DALAM kalangan peminat, Robert Pattinson sangat dikagumi terutama selepas muncul dengan ‘rendisi’ tersendiri watak ikonik Bruce Wayne dalam filem The Batman yang bertemu penduduk global termasuk di Malaysia, awal Mac lalu.

Robert atau nama sebenarnya, Robert Douglas Thomas Pattinson benar-benar memberi anjakan tersendiri terhadap watak adiwira kesayangan ramai tersebut, sekali gus memberi amaran kepada dunia sinematik, dia tidak pernah ‘menjauh’ selepas mencipta sensasi dan fenomena hebat menerusi francais Twilight sekitar 14 tahun lalu.

Barangkali, dia seolah-olah ‘bertapa’ dalam gua dan menunggu masa sesuai untuk Hollywood kembali menghargai bakatnya yang bukan calang-calang.

Sekarang, penantian mula berbaloi apabila namanya kembali menjadi sebutan dunia.

Sehebat mana pun profil Pattinson, dia juga sama seperti manusia lain yang mempunyai kejelekan. Kejelekan yang bakal dirungkai menerusi artikel ini juga secara tidak langsung membuktikan mengapa lelaki kelahiran London, England itu antara orang paling ‘menarik’ di Hollywood.

DI sebalik kehangatan dan keupayaan menyerlahkan karakter Bruce Wayne atau Batman, Robert Pattinson sebenarnya seorang lelaki biasa yang mempunyai sikap jelek. – Sumber GQ

Jual bahan lucah di sekolah

Pattinson, 36, seorang yang nakal sedari kecil. Dalam satu perkongsian bersama Howard Stern pada 2017, dia mendedahkan pernah digantung dari sekolah berasrama penuh kerana menjual majalah pornografi kepada pelajar lain.

Lebih memburukkan keadaan, mantan kekasih Kristen Stewart itu memaklumkan, dia mencuri majalah daripada kedai surat khabar.

“Saya memang berlagak hinggakan saya curi semua majalah yang ada di rak kedai surat khabar,” ujarnya dalam temu bual.

Sikap sebegitulah yang membuatkan dirinya ditangkap. Pekerja yang bertugas ketika itu menyedari kelakuannya dan memberi dua pilihan, sama ada dibawa ke balai polis atau memberitahu ibu bapanya.

Pattinson memilih untuk kelakuan nakalnya singgah ke pengetahuan orang tuanya, namun cerita tentang tabiat buruknya sampai juga ke pengetahuan pihak sekolah lantas menyebabkan dia digantung persekolahan.

“Setiap seorang kawan di sekolah memang menunggu masa untuk melaporkan kelakuan saya,” katanya.

Ironi, sebelum bergelar pelakon terkenal, Pattinson pernah bekerja di kedai serbaneka sebagai seorang ‘paperboy’ atau budak kertas di agensi berita Natsons di Barnes, London selama setahun.

“Pattinson merupakan seorang pekerja yang sangat menghargai dan menepati masa. Satu hari, ketika mengemas surat khabar dan nampak wajah Pattinson dipilih berlakon filem Harry Potter.

“Saya tak berapa ingat bila waktunya tetapi respons saya, ‘wah, ini bekas pekerja saya,” kata bekas majikannya bernama Vipin Patel kepada Portal Insider.

Dalam satu audiosiar (podcast) Hollywood Foreign Press, Pattinson mendedahkan dia pernah hadir tanpa diundang ketika tayangan perdana filem Harry Potter and the Order of the Phoenix dalam keadaan menjijikkan di Los Angeles pada 2007.

SEWAKTU remaja, Pattinson sememangnya seorang budak nakal. Dia pernah digantung persekolahan kerana tertangkap menjual majalah lucah.

Mabuk, karpet merah

Untuk rekod, Pattinson melakonkan karakter Cedric Diggory dalam Harry Potter and the Goblet of Fire yang ditayangkan pada 2005, namun terlibat babak imbas kembali dalam naskhah Order of the Phoenix.

Sungguhpun begitu, Robert berpendapat dia boleh terus menyelinap masuk ke tayangan perdana filem berkenaan walaupun tidak berlakon dalam filem dimaksudkan.

“Saya sedang berjalan di Hollywood waktu itu, lama saya berjalan seingat saya dalam 45 minit dan cuaca ketika itu sangat terik.

“Waktu itu juga, saya kekenyangan makan pizza dan mabuk sepanjang musim panas itu. Fizikal saya juga sangat menjijikkan.

Karakter Cedric lakonan Pattinson berbekas dalam jiwa kebanyakan peminat dan apabila mendapati pelakon itu melintasi karpet merah pada majlis tayangan perdana, dia terus dikerumuni dan secara tak langsung menyertai barisan pelakon terlibat.

Ejen lakonan Pattinson sangat kecewa dengan apa yang berlaku kerana pada waktu itu tersebut, penampilannya sangat tidak terurus.

“Mereka tanya saya macam-macam. Apa yang saya lakukan? Mengapa kamu membiarkan gambar dirakam dalam keadaan begini?

“Kamu dah macam orang gila,” dedah Pattinson dalam satu temu bual.

GARA-GARA pendedahan mengurut alat sulit anjing dalam filem, Pattinson dituduh melalukan penderaan terhadap haiwan oleh PETA.

Urut kemaluan anjing

Tidak cukup dengan semua itu, dalam satu temu bual dalam program bual bicara, Jimmy Kimmel Live, Pattinson mengakui pernah membantu seekor anjing melempiaskan nafsu. Kejadian tersebut berlaku di set penggambaran filem Good Time pada 2017.

“Karakter yang saya jayakan iaitu Connie mempunyai affinity (memahami perasaan) anjing yang turut berlakon dalam filem.

“Connie fikir dia adalah anjing berkenaan dalam kehidupan sebelum ini dan fikir dia boleh berkongsi rasa dengan haiwan.

“Ada satu adegan, pengedar dadah masuk ke dalam bilik dan ketika itu saya sedang tidur dengan anjing berkenaan. Dalam adegan itu juga, saya sedang memuaskan nafsu anjing itu dengan mengurut alat sulitnya.

“Pengarah suruh saya jayakan babak berkenaan dengan bersungguh-sungguh. Pelatih anjing pun bagi saranan suruh saya urut celah kelangkang anjing itu. Dalam fikiran, saya tak pernah setuju untuk buat babak ini dalam kontrak awal,” katanya.

Perkongsian sensasi tersebut mudah berlegar dalam internet dan sampai ke pengetahuan agensi perlindungan haiwan, People for the Ethicals Treatments of Animals (PETA). Akibatnya, Pattinson diminta menarik balik kenyataan yang dikeluarkannya kerana seolah-olah melakukan penderaan terhadap haiwan.

“Cerita yang saya dedahkan bersama Jimmy Kimmel sudah menjadi buah mulut orang. Sebenarnya, niat saya hanya ingin bergurau. Tiada siapa langsung buat begitu ketika menjalani penggambaran filem Good Time,” katanya.

PATTINSON pernah mendapat jolokan puntianak paling seksi di dunia.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI