fbpx

Gilap bakat ahli akademik jadi ikon – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri menyampaikan Anugerah Tokoh Akademik Negara kepada Asma (tiga kiri) pada Majlis Anugerah Akademik Negara (AAN) Ke-14 di Hotel Sama-Sama, Sepang hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Golongan pensyarah bukan sahaja mampu mengajar, malah harus menjadi ahli sarjana umum yang dapat berkhidmat kepada setiap anggota dalam masyarakat di negara ini.

Harapan besar itu disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail, Sabri Yaakob sambil berharap kelompok ini akan menjadi ejen perubahan demi kesejahteraan komuniti seluruhnya.

“Seorang pengajar pendidikan tinggi bukan sekadar mendidik tetapi perlu menjadi seorang ahli sarjana awam yang akan berbakti kepada semua lapisan Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Akademik Negara ke-14 anjuran Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi di Hotel Sama Sama di sini hari ini.

Turut hadir ialah menteri berkenaan, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad. Tokoh Akademik Negara kali ini diraih Prof. Emerita Datuk Dr. Asma Ismail dan Prof. Datin Paduka Dr. Khatijah Yusoff.

Juga menerima anugerah yang masing-masing meliputi enam kategori lain ialah sejumlah sembilan pensyarah lagi daripada pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT) awam tempatan.

Mengulas lebih lanjut, Ismail Sabri menambah, kerajaan sentiasa mendukung usaha ke arah menggilap bakat ahli akademik negara ini menerusi pelbagai aktiviti jangka masa panjang.

“Inisiatif usaha berterusan pembangunan kesarjanaan holistik ini termasuklah pengajaran dan pembelajaran, penyeliaan pendidikan, penulisan ilmiah dan media massa,” jelas beliau lagi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI