fbpx

Dron, alat pengimejan terma dikerah ke lokasi nahas pesawat MU5735

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA penyelamat berjalan di lokasi nahas pesawat China Eastern Airlines, dekat dengan Wuzhou, hari ini. - AFP

BEIJING – Pasukan mencari dan menyelamat menggunakan dron serta peralatan pengimejan terma di sekitar kawasan pergunungan yang menjadi lokasi nahas pesawat China Eastern Airlines terhempas.

Empat hari selepas penerbangan MU5735 itu menjunam dan terhempas di kawasan pergunungan dekat bandar Wuzhou, para pegawai masih belum mengumumkan sekiranya kesemua 123 penumpang dan sembilan kru terkorban.

Kelajuan pesawat ketika menjunam menyebabkan ia terhempas dengan kuat ke tanah berlumpur. Serpihan badan pesawat dan barangan milik penumpang dilaporkan ditemui berselerak di tapak nahas, sekali gus memudarkan harapan untuk menemui mangsa terselamat.

Pegawai pada lewat semalam berkata, cebisan mayat manusia telah ditemui, namun pasukan mencari tidak menolak kemungkinan untuk menemui mangsa terselamat terperangkap di cerun berhutan dan berlumpur itu.

“Misi ini memberi fokus utama kepada mencari mangsa dan menyelamatkan nyawa.

“Kami menggunakan pengimejan haba dan pengesan hayat untuk mencari permukaan. Kami juga menggunakan cara manual dan dron udara,” kata pegawai dari Pasukan Bomba dan Penyelamat Guangxi,  Huang Shangwu, sambil memetik arahan dari ‘ibu pejabat’.

Dalam masa sama, pasukan penyiasat turut meneruskan usaha mencari sebuah lagi kotak hitam selepas sebuah perakam suara rosak yang ditemui semalam telah dihantar ke Beijing untuk dianalisis. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI