fbpx

Wanita selamba makan nasi padang bungkus di dalam pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR memaparkan senario ketika seorang wanita bertindak memakan nasi padang yang dibawanya di atas pesawat. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video mendapat perhatian netizen di Indonesia kerana memaparkan senario seorang penumpang membawa sebungkus nasi padang lalu memakannya ketika berada di dalam pesawat, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik oleh pengguna akaun TikTok bernama @DJAmeliaManika.

Menerusi klip video berkenaan, penumpang wanita itu merakam sebungkus nasi padang yang diletakkan di atas ribanya dan dia kelihatan sudah hampir menghabiskannya. 

Kamera kemudian dihalakan ke arah kerusi di sebelah di barisan yang sama dan diduduki oleh dua penumpang lain. Rakaman seterusnya menunjukkan situasi di bahagian lain dalam pesawat dengan beberapa penumpang dilihat berada di kerusi masing-masing.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Aroma nasi pasang tidak dapat dibandingkan dengan aroma mi segera Pop Mie perisa kari ayam. Makan di kerusi belakang, berbau satu kabin,’’ tulis seorang netizen.

“Saya kalau duduk di sebelah hanya mampu menderita hidu baunya dan hanya mampu telan air liur,’’ komen netizen lain.  – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI