fbpx

Safawi tuntut rakan-rakan sepasukan buka episod baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAFAWI (kanan) mengingatkan rakan-rakan sepasukan untuk membuka episod baharu bersama skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Pan-gon menjelang aksi menentang Filipina malam ini. – FAM

BINTANG sensasi skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid menyeru rakan-rakan sepasukan membuka ‘episod baharu’ dengan tampil bertenaga pada aksi persahabatan antarabangsa menentang Filipina di Stadium Nasional, Singapura malam ini.

Skuad Harimau Malaya telah dikritik hebat pada kunjungan terakhir di Singapura sewaktu kejohanan Piala AFF Suzuki 2020 yang berlangsung Disember lepas apabila terkandas di pe­ringkat Kumpulan B.

Kata Safawi, kehadiran barisan jurulatih baharu kendalian Kim Pan-gon berupaya merawat kembali ‘luka’ skuad kebangsaan tetapi pada masa sama mahu merekodkan keputusan positif ke atas Filipina nanti.

“Perubahan barisan kejurulatihan telah menyuntik semangat pasukan untuk mengharungi dua aksi persahabatan antarabangsa kali ini dan apa yang boleh saya katakan, semangat berpasukan cukup jitu selepas seminggu dikumpulkan bersama.

“Malah, situasi di bilik persalinan juga sangat harmoni dan saya bersama rakan-rakan sepasukan berharap dapat memberikan seratus peratus di atas padang khususnya pada aksi pertama esok (malam ini),” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Sementara itu, pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu turut berharap dapat mempamerkan aksi peribadi yang lebih konsis­ten selepas berjaya merekodkan empat gol pada kempen Piala AFF Suzuki 2020 yang lepas.

“Saya akui prestasi saya pada awal tahun lalu tidak begitu baik, namun saya berjaya bangkit menemui rentak sebenar di peng­hujung musim.

“Kini, sudah tentu saya mahu berikan yang terbaik buat negara sekiranya diberikan peluang untuk berada dalam kesebelasan utama nanti,” kata pemain berusia 25 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI