fbpx

Pemandu Proton Wira biru mengaku pukul penunggang basikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian pemandu Proton Wira memukul penunggang motosikal di persimpangan lampu isyarat dekat Manjung kelmarin.

LUMUT – Pemandu Proton Wira berwarna biru yang memukul seorang penunggang basikal dalam video tular di media sosial hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung petang semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, lelaki berusia 34 tahun itu hadir di IPD Manjung kira-kira pukul 2.30 petang.

Menurut beliau, kejadian berlaku apabila dia beranggapan mangsa ingin menghimpit dan melanggarnya ketika dia mahu membelok ke susur kiri laluan di persimpangan tersebut.

“Disebabkan salah faham, suspek bertindak memukul mangsa kerana mangsa didakwa telah memaki hamun serta mencabarnya.

“Sehingga kini, mangsa masih belum dikenal pasti dan tiada sebarang laporan polis yang dibuat oleh penunggang basikal tersebut,” katanya di sini.

Nor Omar memberitahu, pihaknya akan mengemukakan permohonan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Daerah Manjung untuk mendapatkan perintah meneruskan siasatan.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan kecederaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut diminta tampil membantu dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Irsyadiman Allmui di talian 011-17836233,” ujarnya.

Terdahulu, kira-kira pukul 10 pagi semalam, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang wanita berkaitan dengan insiden video yang telah ditularkan di laman media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI