fbpx

NASA temui lebih 5,000 planet di luar sistem suria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR ilustrasi. NASA telah menemukan lebih daripada 5,000 eksoplanet. - NASA

WASHINGTON – Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) mengesahkan terdapat lebih daripada 5,000 planet yang wujud di luar sistem suria (eksoplanet), lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Penambahan terbaharu 65 eksoplanet kepada Arkib Eksoplanet NASA kelmarin itu merupakan pencapaian baharu dalam bidang sains. 

Arkib berkenaan adalah platform kepada penemuan eksoplanet oleh ahli-ahli astronomi kewujudannya telah disahkan.

“Ini bukan sekadar nombor.

“Setiap satu daripadanya adalah dunia baharu, planet baharu. Saya teruja untuk setiap satu daripadanya kerana kita tidak tahu apa-apa tentangnya,’’ kata Jessie Christiansen selaku ketua sains untuk arkib dan saintis penyelidikan Institut Sains Eksoplanet NASA di Institut Teknologi California, Pasadena.

Manusia kini dikatakan hidup pada zaman keemasan untuk penemuan eksoplanet. Walaupun kewujudan planet di luar sistem suria telah dicadangkan sebelum ini menerusi filem sains fiksyen, ia hanya pertama kali ditemui dalam tahun 1990-an.

Kepelbagaian eksoplanet itu jauh berbeza daripada planet yang terdapat dalam sistem suria. Ia termasuk planet berbatu lebih besar dari Bumi dipanggil super-Earths, mini Neptune dan Musytari panas terik.

Saintis juga menemukan planet yang mengorbit lebih daripada satu bintang, malah ada yang mengelilingi sisa-sisa bintang mati yang dipanggil bintang kerdil putih. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI