fbpx

TBC  tawar set menu kombo pada harga mampu milik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Prihatin dengan persekitaran ekonomi yang sukar kini, banyak syarikat makanan dan minuman terus menawarkan pilihan set berharga mampu milik untuk memenuhi permintaan selain memenuhi cita rasa serta selera pelanggan.

Ini termasuk The Baker’s Cottage Sdn. Bhd. (TBC), milik Kumpulan Leong Hup International menerusi anak syarikatnya, Leong Hup (M) Sdn. Bhd. membantu pelanggan menikmati hidangan yang lengkap merangkumi ayam panggang hingga kepada pemanis mulut dan juga minuman.

Syarikat kini menawarkan set kombo terbaharu yang memberi pulangan kepada wang yang dibayar pelanggan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, set kombo baharu yang beritu terdiri daripada set seekor ayam panggang, dua mangkuk nasi, empat tart egg Macau, dua kepingan kek dan juga sebotol air 1.5 liter  Coke  berharga RM39.99 yang boleh dinikmati tiga hingga empat orang.

“Harga untuk seekor ayam pada pilihan rasa BBQ dan lada hitam lebih murah 53 peratus daripada harga pesaing dan 67 peratus lebih murah daripada rangkaian restoran yang menjual ayam goreng di negara ini.

“Ini kerana sumber ayam diperoleh daripada ladang ternakan milik Kumpulan, jadi ia membolehkan TBC menawarkan ayam panggang berharga lebih murah,” katanya.

Tambah kenyataan itu, melalui konsep dari ladang ke pinggan, syarikat bukan sahaja dapat mengelakkan daripada mengenakan kos tambahan tetapi dapat juga menawarkan sumber ayam yang segar dan berkualiti tinggi.

TBC yang mula beroperasi pada tahun 1994 terlibat dalam aktiviti perkilangan dan penjualan produk bakeri termasuk pastri dan roti, kek, tart telur dan menu popularnya iaitu kek bulan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN