fbpx

Saya hanya jalankan amanah sebagai juri – Alif Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alif tidak menyimpan di dalam hati kritikan dan persoalan oleh netizen tentang kelayakannya bergelar juri.

PETALING JAYA – Penyanyi Aliff Aziz mengakui bersikap terbuka dan tidak menyimpan di dalam hati apabila terdapat segelintir pihak mempersoalkan kredibilitinya menggalas tugas sebagai Juri Juara dalam program Big Stage musim keempat (BS4).

Aliff, 31, yang ditemui selepas konsert separuh akhir BS4 kelmarin berkata, dia tidak boleh memuaskan hati semua orang dan hanya menjalankan amanah yang diberikan kepadanya untuk menjadi juri dalam program tersebut.

“Saya tidak boleh puaskan hati semua orang. Saya anggap amanah yang diberikan kepada saya untuk menjadi juri dalam BS4 adalah rezeki daripada Allah SWT.

“Saya perlu menggalas dan jalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada saya ini dengan sebaik mungkin,” katanya.

Pada masa sama, pemilik nama lengkap Mohamad Aliff Aziz itu tidak menyimpan di dalam hati kritikan dan persoalan oleh netizen tentang kelayakannya untuk menjadi juri kerana percaya tidak semua perkara yang dilakukan oleh sesiapa sahaja dapat memenuhi hati orang lain.

“Saya tidak simpan dalam hati kerana dalam dunia ini, tidak kira siapa pun, bukan semua orang akan setuju atau suka dengan apa yang kita buat.

“Cuma saya agak sedih bila ada unsur kecam mengecam. Saya harap netizen janganlah bersikap sebegitu sebab ini hanya sekadar program hiburan,” katanya.

Pada masa sama, juara program Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) itu menghormati pendapat semua kerana menganggap netizen juga mempunyai hak masing-masing.

“Saya hormat dengan pendapat semua. Kecaman adalah sebahagian yang perlu saya lalui dalam industri kerana tidak semua orang sukakan kita.

“Saya syorkan kepada semua supaya bertenang kerana ini hanya dunia hiburan dan kita sepatutnya berhibur,” jelasnya.

Terdahulu, terdapat segelintir netizen termasuk guru vokal mempersoalkan kredibiliti dan kelayakan Aliff sebagai Juri Juara dalam BS4 apabila penyanyi itu dikatakan belum cukup ilmu dan pengetahuan tentang vokal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI