fbpx

Dua maut dalam serangan di sekolah Sweden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KOMANDO polis memasuki sebuah bangunan selepas menerima aduan keganasan di sebuah sekolah Latin di Malmo, Sweden semalam. - AFP

MALMO, Sweden – Dua wanita meninggal dunia selepas ditikam di sebuah sekolah tinggi di selatan Sweden semalam, kata polis sambil menambah, seorang pelajar berumur 18 tahun telah ditangkap.

Polis berkata, kedua-dua mangsa yang berumur dalam lingkungan 50-an, merupakan kakitangan sekolah berkenaan. Serangan berlaku di Malmo Latinskola iaitu sebuah sekolah tinggi di pusat bandar Malmo. Bandar itu adalah yang ketiga terbesar di Sweden. 

Media tempatan melaporkan bahawa suspek membuat panggilan kecemasan untuk memberitahu lokasi dia berada dan mencampakkan senjatanya serta mengaku membunuh dua orang.

Menurut media tempatan, dia bersenjatakan sebilah kapak dan pisau. Suspek tidak melawan semasa ditangkap, demikian menurut polis.

Terdahulu pada hari sama, polis melaporkan dua mangsa cedera dalam kalangan 50 orang yang berada di sekolah berkenaan ketika kejadian.

“Kedua-dua mangsa dibawa ke hospital tetapi gagal diselamatkan,” kata pihak berkuasa.

Polis dimaklumkan mengenai kejadian itu sekitar pukul 5.15 petang (waktu tempatan) dan memasuki pekarangan sekolah tidak lama kemudian. Polis kemudian menutup kawasan sekolah selama beberapa jam.

 “Selepas menerima laporan berhubung jeritan di Malmo Latinskola, kami mendapat lebih banyak maklumat bahawa jenayah berat dan keganasan berlaku di sekolah berkenaan,” kata jurucakap polis, Nils Norling kepada agensi berita AFP.

Motif kejadian belum dapat dipastikan, manakala kejadian masih dalam siasatan polis. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI