fbpx

Siti Hariesa membisu, followers IG terus mencanak naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDATANG baharu, Siti Hariesa meraih populariti segera meskipun dikecam ramai disebabkan video 'panas' melibatkan dirinya dan aktor, Zul Ariffin.

PETALING JAYA – Dalam keributan orang ramai mengecam berikutan babak panas drama dilakonkannya, pengikut Instagram pendatang baharu, Siti Hariesa terus mencanak naik.

Kalau sebelum isu tercetus bilangan pengikut Instagramnya di bawah angka 8,000, sekarang Hariesa sudah mengumpul lebih 30,000 pengikut dan angka itu semakin meningkat.

Hariesa yang bakat lakonannya dihidu menerusi program Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 bagaimanapun sehingga kini, masih belum memberi sebarang kenyataan berhubung kontroversi tercetus terutama melibatkan dirinya dan pelakon, Zul Ariffin.

Usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan kenyataan daripada bibir wanita itu masih belum berhasil apabila pesanan WhatsApp dan panggilan telefon melalui pengurusnya tidak berbalas.

Menjengah ruangan komen beberapa hantaran gambar terbaharunya dalam laman sosial tersebut, ramai terus menghambur Hariesa dengan kata-kata nista.

Tidak kurang, ada juga mencuba untuk bergurau dengannya dengan mengaitkan kontroversi yang berlaku dengan karier seninya yang masih berstatus hijau.

“Jangan main-main dengan netizen tau. Apabila menentang, mereka tentang sekeras-kerasnya.

Comeback (datang sini) selepas hantaran (video) Zul Ariffin. Ustaz, tengok ini ustaz ini orangnya,” demikian antara komen ditinggalkan netizen pada hantaran terbaharu pelakon baharu asal Kuala Lumpur itu.

Hujung minggu lalu, industri hiburan tanah air menggelegak panas selepas Zul mencetuskan kemarahan orang ramai apabila berkongsi sedutan babak panas lakonan berjudul Perempuan Itu dalam Instagram.

Video yang mencetuskan kemarahan ramai tersebut memaparkan beberapa babak erotik dan seksual bersama Hariesa.

Antara babak yang membuatkan ramai ‘ternganga’ adalah aksi Zul mendukung Siti Hariesa seperti sedang berasmara secara berbogel.

Lebih panas, apabila ada adegan Hariesa menyuap ‘whipping cream’ ke mulut Zul dengan aksi mengghairahkan.

Bagaimanapun, video berkenaan sudah dipadam Zul dan kini penyiar drama berkenaan, TV3 berdepan berkemungkinan tindakan penarikan semula kuasa bagi membuat tapisan sendiri berikutan menyiarkan kandungan tidak sensitif terhadap masyarakat.

Terbaharu, Zul sudah melakukan permohonan maaf secara terbuka atas apa yang berlaku menerusi satu muat naik status dalam Instastory. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI