fbpx

Lebih 2.7 juta murid mulakan sesi persekolahan hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Radzi (tengah) beramah mesra dengan pelajar-pelajar Tahun 1 Bestari, SK Syed Idrus, Chemor, di sini pagi ini. /FOTO MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID

IPOH – Lebih 2.7 juta pelajar melibatkan 7,778 buah sekolah kebangsaan dan 87 buah kolej vokasional memulakan sesi persekolahan secara bersemuka bagi kalendar akademik 2022/2023 bermula hari ini.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, daripada jumlah berkenaan seramai 30,000 orang merupakan pelajar kolej vokasional manakala bakinya sekolah rendah.

Menurut beliau, tinjauan pihaknya di beberapa buah sekolah pagi ini mendapati kehadiran pelajar amat memuaskan meskipun negara masih dalam fasa pandemik.

“InsyaAllah jika kita lihat pada hari ini, kehadiran di sekolah-sekolah khususnya dalam kalangan murid tahun satu adalah cukup baik dengan mengambil kira situasi semasa.

“Apa yang penting adalah untuk kita pastikan segala pematuhan yang telah ditetapkan dapat dipatuhi dengan baik, oleh guru, murid dan seluruh warga sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan hari pertama sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Syed Idrus, Chemor, di sini hari ini.

Ditanya mengenai peratusan kehadiran pelajar Tahun 1 pada hari pertama sesi persekolahan, Mohd. Radzi berkata kehadiran mereka berada pada tahap yang baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI