fbpx

K-KOMM bincang caruman KWSP, Perkeso artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zahidi.

PETALING JAYA – Task Force Industri Kreatif ada membincangkan isu membabitkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) serta perlindungan insurans bagi golongan artis dan penggiat seni bebas.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, Task Force berkenaan meneliti dan memudah cara langkah-langkah penambahbaikan industri kreatif termasuk dari segi kebajikan penggiat seni termasuk artis, pelakon serta pekerja belakang tabir.

“Pandangan dan maklum balas sebagai input penting untuk melaksanakan inisiatif berkenaan juga diperoleh daripada Persatuan Pengeluar Filem (PFM), Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) dan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Dr. Maszlee Malik (Simpang Renggam) yang ingin tahu usaha dan insentif Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) untuk membantu pelakon dan artis menyimpan atau menabung di KWSP demi masa depan dan saraan hari tua mereka.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas) berhubung royalti penggiat seni, Zahidi berkata K-KOMM sedang berbincang tentang bagaimana untuk mempergiatkan lagi usaha menjaga kebajikan artis termasuk dalam hal membabitkan royalti.

“Bagi menjaga kebajikan artis veteran pula, input daripada persatuan artis juga diambil bagi mencari langkah menjaga kebajikan golongan itu memandangkan terdapat laporan ada antara mereka yang terlantar sakit dan dihalau dari rumah,” katanya.

Beliau memaklumkan perkara tersebut semasa menjawab soalan tambahan daripada Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau) yang ingin tahu perancangan K-KOMM bagi menjaga kebajikan artis veteran.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI