fbpx

Jung Ho-yeon dilamar Hollywood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNG HO-YEON

TERNYATA tuah yang digapai menerusi siri fenomena Netflix, Squid Game membuka peluang besar untuk aktres Jung Ho-yeon melebarkan kariernya ke peringkat lebih luas.

Terkini, pelakon yang juga model itu dilaporkan akan terlibat dalam sebuah siri terbitan Apple TV+ berjudul Disclaimer.

Menariknya, naskhah arahan pengarah terkenal Alfonso Cuarón berkenaan menyaksikan Ho-yeon bergandingan dengan aktres terkenal Hollywood, Cate Blanchett.

Selain Blanchett, Disclaimer turut membariskan beberapa nama popular lain, antaranya Kevin Kline, Sacha Baron Cohen dan Kodi Smit-McPhee.

Diadaptasi daripada novel berjudul sama, siri thriller tersebut menyorot kisah wartawan dokumentari televisyen bernama Catherine Ravenscroft (Blanchett) yang hidup dalam ketakutan selepas mendapati cerita tentang dirinya ada dalam sebuah novel ditulis seorang duda lakonan Kline.

Ho-yeon diberi mandat memegang watak sebagai Kim iaitu seorang wanita muda bercita-cita tinggi, rajin dan bersemangat yang mempunyai keyakinan bahawa dirinya akan berjaya andai dapat bekerja dengan Catherine.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI