fbpx

Dewan Rakyat ucap takziah pada keluarga bekas Ahli Parlimen Bagan Serai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Dewan Rakyat mengucapkan takziah kepada keluarga bekas Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang meninggal dunia pada 10 Mac lalu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun menyatakan perkara itu sebelum sesi soal jawab bermula di Dewan Rakyat hari ini.

“Saya bagi pihak Ahli-ahli Dewan ini dan pihak Parlimen seluruhnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Tuan Haji Mohsin Fazli Haji Samsuri.

“Saya mengharapkan seluruh ahli keluarga Allahyarham terus tabah untuk hadapi situasi ini dan kita berdoa semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas beliau serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh serta beriman,” katanya.

Azhar berkata, Allahyarham telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bagan Serai bermula 2008 hingga 2013. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI