fbpx
Keadaan kereta Toyota Vios yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 58, Lebuh Raya Utara Selatan dekat Kluang awal pagi hari ini.

Seorang maut, lima cedera kereta langgar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Seorang wanita warga emas maut manakala lima yang lain cedera selepas kereta dinaiki melanggar belakang sebuah lori di Kilometer 58 Lebuhraya Utara Selatan di sini awal pagi hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Deputi Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, dalam kejadian pada pukul 1.30 pagi itu, wanita berkenaan yang juga penumpang hadapan kereta meninggal dunia serta-merta di lokasi kejadian akibat parah di kepala.

“Lori berkenaan dari arah Kuala Lumpur ke Johor Bahru, dan sebaik tiba di lokasi kejadian kereta dinaiki enam orang telah melanggar belakang lori berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, seorang penumpang hadapan kereta wanita warga tempatan meninggal dunia akibat cedera teruk di kepala,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Abdul Razak berkata, lima mangsa yang lain turut cedera dan dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom di sini.

Jelasnya, pemandu kereta tidak mengalami kecederaan dan siasatan dijalankan dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN