fbpx

MAFI naik taraf jeti, bina kompleks pendaratan ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronald menyerahkan replika cek berjumlah RM1 juta bagi Projek Titian Nelayan Kampung Keniogan, di sini, hari ini.

SABAH – Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan Lembaga Ikan Malaysia (LKIM) komited dalam memastikan kebajikan semua golongan sasar sentiasa terbela.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, pembinaan titian nelayan di kampung Keniogan, Beluran sekali gus dapat memberikan lebih keselesaan kepada semua penduduk khususnya golongan nelayan memandangkan keadaan titian lama telah usang dan tidak lagi sesuai untuk digunakan.

Menurutnya, titian nelayan tersebut telah siap pada 13 Mac lalu dengan kos keseluruhan bernilai RM1 juta.

“MAFI akan terus melihat keperluan kemudahan asas dan infrastruktur yang diperlukan oleh kampung-kampung nelayan seluruh negara dan akan mendpatkan perhatian Kementerian Kewangan untuk permohonan dana-dana tambahan bagi memastikan semua inisiatif dibawah LKIM diteruskan.

“Kerajaan melalui LKIM juga memainkan peranan yang penting dan berkesan dalam menjaga kebajikan serta terus memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi dan mengurangkan bebanan nelayan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, katanya, bagi membangunkan infrastruktur jeti sedia ada, 18 lagi jeti dan titian di sekitar kampung-kampung nelayan di Beluran turut dalam perancangan LKIM untuk dibaik pulih, dinaik taraf serta bina baharu yang akan memberi kemudahan pendaratan ikan yang lebih baik.

“LKIM juga sedang mengkaji kesesuaian tapak untuk membina sebuah kompleks pendaratan ikan moden di tapak tanah LKIM di Sandakan,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak RM150 juta telah diperuntukkan pada tahun ini bagi menyediakan bantuan dan insentif kepada masyarakat nelayan seluruh negara merangkumi Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN), Subsidi Minyak Diesel dan Petrol, Dana Nelayan, Tabung Bencana dan Kebajikan Nelayan, Projek Tanaman Kotan, Bantuan Projek Ekonomi Kumpulan Nelayan dan Program Food Basket Nelayan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI