fbpx

Lelaki dedah harga nasi putih, ayam goreng RM19 tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menu sebuah restoran di Kuala Lumpur yang disifatkan terlalu tinggi dan tidak masuk akal.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki mendedahkan harga makanan dipercayai hidangan nasi ayam serta air mencecah sehingga RM19 di sebuah kedai makan di Kuala Lumpur tular di laman sosial sejak semalam.

Menerusi perkongsian satu klip video yang dimuat naik di laman sosial pawanjatt66 memaparkan menu makanan serta harga beberapa hidangan yang dijual di kedai tersebut.

Apa yang mengejutkan, kesemua harga hidangan berkenaan dilihat melebihi RM10 antaranya adalah hidangan nasi, kari daging dan air yang berharga RM21 manakala nasi, sayur campur dan air pula berharga RM16.

Susulan daripada itu, rata-rata orang turut meluahkan bahawa harga yang diletakkan adalah tidak masuk akal dan terlalu tinggi.

“Bagus buat macam ni bang. Jangan bagi peluang mereka buat sembarangan. Teruskan usaha yang baik,” kata Daigo.

“Harga gila-gila. Beli ayam mentah 1 kilogram sayap ayam. Puas lagi makan sendiri,” seloroh erwan.

“Kita sebagai orang Malaysia kena tahu harga barang sekrang. Memang kedai mahal tapi harga barang tengah naik. Lepas ni nasi bajet tak wujud dah,” ujar Imran Naeim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI