fbpx

Kes Covid-19 di Kelantan dijangka meningkat selepas fasa endemik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izani menunjukkan pelekat kempen kebersihan yang ditampal pada tong sampah pada Program Gotong Royong Pesisir Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Kundur, Kota Bharu hari ini. /FOTO ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Jangkitan Covid-19 dijangka boleh meningkat di Kelantan sekiranya rakyat masih enggan mengambil dos penggalak selepas negara memasuki fasa peralihan ke endemik bermula 1 April depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, ini kerana berdasarkan maklumat terkini, Kelantan merupakan antara negeri terendah yang mengambil dos penggalak vaksin Covid-19.

“Berdasarkan laporan sebelum ini, Kelantan adalah yang terendah bagi dos penggalak iaitu lebih kurang 22.7 peratus.

“Apa yang saya lihat ketika ini, kes jangkitan Covid-19 masih lagi tinggi di Kelantan (635 kes semalam) dan keadaan itu tidak mengejutkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Gotong Royong Pesisir Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Kundur, di sini hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf.

Mengulas lanjut, jelas beliau, pihaknya tidak menafikan rakyat negeri ini banyak terpengaruh dengan individu lain sehingga takut untuk mengambil dos penggalak.

“Oleh itu, saya berharap sangat orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Mereka sepatutnya faham dan boleh menjadikan pengajaran selepas negara dilanda jangkitan Covid-19 sejak dua tahun lalu,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI