fbpx

Kak KM kongsi video anak-anak ‘merokok’ undang kecaman ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsikan Kak KM memaparkan gelagat anak-anaknya yang sedang menggulung dan menghisap rokok daun.

PETALING JAYA – Usahawan kontroversi, Liana Rosli atau mesra dikenali sebagai Kak KM sekali lagi menjadi bualan hangat orang ramai apabila video terbaharunya yang dikongsikan di laman Instagram kembali mendapat kecaman.

Dalam rakaman tersebut memaparkan gelagat anak-anaknya yang sedang menggulung dan menghisap rokok daun beramai-ramai di sebuah acara keluarga.

Menerusi ruang kapsyen video berkenaan, dia memaklumkan rokok daun itu tidak mengandungi sebarang tembakau.

“Tak ada tembakau, masing-masing poyo dengan rokok daun,” tulisnya.

Sementara itu, rata-rata orang ramai kurang senang dengan tindakan anak-anaknya dan menganggap perkara itu sebagai tidak wajar untuk dilakukan.

Ada pengguna yang meluahkan kekecewaan apabila sebagai ibu bapa gagal memberi contoh terbaik kepada anak-anak dan sanggup membiarkan anak mereka berbuat demikian kerana tindakan itu juga mampu membahayakan kesihatan.

“Jika diusia muda begini dibiarkan anak-anak terdedah dengan perbuatan merokok, pasti bila besar mereka akan terbiasa dan melakukannya dengan lebih teruk,” komen seorang pengguna.

“Kalau ibu bapa sendiri tak bendung, tak larang, boleh rosak akhlak anak nanti,” ujar pengguna yang lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI