fbpx

Maki polis kerana disaman, seorang lelaki ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Akibat tidak berpuas hati disaman, seorang lelaki bertindak memaki hamun sepasukan anggota polis sebelum ditahan di hadapan stesen minyak, Kampung Kayu Ara, Damansara, hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, sepasukan polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) telah menjalankan rondaan di sekitar Damansara serta Petaling Jaya pada pukul 10.40 pagi.

“Polis bertindak memeriksa seorang lelaki berusia 27 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dalam keadaan mencurigakan sebelum mendapati suspek tidak mempunyai lesen memandu kelas B2.

“Susulan itu, polis telah mengeluarkan saman atas kesalahan tersebut sebelum suspek bertindak membuang kertas saman yang diberikan dan menjerit kerana tidak berpuas hati.

“Suspek yang merupakan penolong pengurus syarikat swasta itu turut menghirau nasihat polis dan mengeluarkan kata-kata kesat berbaur penghinaan terhadap anggota bertugas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Fakhruddin, pihaknya telah menahan lelaki itu dan permohonan reman akan dilaksanakan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengeluarkan perkataan kurang sopan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI