fbpx

Covid-19 ancam skuad Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAHADIAZLI (kanan) terpaksa digugurkan daripada skuad Harimau Malaya selepas positif Covid-19. - FB FAM

PETALING JAYA – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon mengesahkan penjaga gol muda negara, Rahadiazli Rahalim terpaksa digugurkan ekoran positif Covid-19.

“Dukacita dimaklumkan penjaga gol, Rahadiazli Rahalim dari Terengganu FC (TFC) telah disahkan positif Covid-19 selepas keputusan ujian PCR diperolehi lewat malam semalam.

“Pagi semalam, kesemua pemain dan pegawai telah melakukan ujian RTK yang mana kesemuanya negatif, namun disebabkan Rahadiazli menunjukkan beberapa simptom berkaitan, penjaga gol tersebut telah diarahkan untuk membuat pula ujian PCR pada sebelah petangnya.

“Dengan hanya berbaki empat hari latihan pusat tempatan sebelum skuad Harimau Malaya berlepas ke Singapura pada Selasa depan, pengurusan pasukan kebangsaan telah memutuskan untuk tidak memanggil penjaga gol baharu dan mengekalkan tiga penjaga gol sedia ada – Farizal Marlias, Khairulazhan Khalid dan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi.

“Bagi pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pengurusan pasukan kebangsaan mendoakan kesihatan Rahadiazli supaya beliau dapat segera sembuh,” kata pengendali import dari Korea Selatan itu dalam satu kenyataan.

Skuad Harimau Malaya kini dalam persedian untuk mengharungi aksi persahabatan antarabangsa menentang Singapura dan Filipina di Stadium Nasional Singapura minggu depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI