fbpx

Barcelona miliki peluang julang trofi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEPUTUSAN undian bagi saingan suku akhir Liga Europa yang berlangsung di Nyon, Switzerland sebentar tadi. - AFP

NYON, Switzerland – Harapan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona untuk menjulang trofi Liga Europa musim ini nampak cerah selepas diundi bertemu dengan wakil Bundesliga, Eintracht Frankfurt pada peringkat suku akhir nanti.

Sebagai rekod, skuad The Catalan yang dikendalikan Xavi Hernandez berada dalam kelompok lapan terbaik selepas berjaya menyingkirkan Galatasaray di pusingan kalah mati dengan agregat 2-1 awal pagi tadi.

Sementara itu, Frankfurt pula meloloskan diri selepas berjaya menafikan cabaran satu lagi pasukan La Liga, Real Betis dengan agregat 3-2.

Wakil Liga Perdana Inggeris (EPL), West Ham pula telah diundi menentang Olympique Lyon, manakala Red Bull Leipzig akan menentang Atalanta.

Kelab Scotland, Rangers melengkapkan undian dengan diundi Braga dari Portugal dengan semua aksi dijadualkan berlangsung pada awal bulan depan. – KOSMO! ONLINE

UNDIAN SUKU AKHIR

Barcelona lwn Eintracht Frankfurt
West Ham lwn Olypimque Lyon
Rangers lwn Braga
Red Bull Leipzig lwn Atalanta

LALUAN SEPARUH AKHIR

Barcelona / Eintracht Frankfurt lwn West Ham / Olypimque Lyon

Rangers / Braga lwn Red Bull Leipzig / Atalanta

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI