fbpx

Tiada pertuduhan ke atas pemandu lori tular pukul anak tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baharudin.

SHAH ALAM – Kes melibatkan seorang pemandu lori yang tular memukul anak tirinya pada minggu lalu diklasifikasi sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, ini selepas pengadu (ibu kanak-kanak) itu telah menarik balik laporan tersebut.

“Kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor pada 14 Mac lalu dan berkeputusan NFA selepas pengadu dalam kes ini telah buat laporan polis untuk tarik balik kes.

“Ini kerana pengadu sedang mengandung dua bulan dan tidak mahu meneruskan kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Baharudin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dengan video ini lagi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan suspek berusia 30 tahun itu telah ditangkap pada 12 Mac lalu dan kemudian direman selama tiga hari.

Ini susulan suspek didakwa telah memukul anak tirinya yang merupakan kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dan video berdurasi dua minit 50 saat itu tular di aplikasi WhatsApp. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI