fbpx

Pan Gon perlu diberi ruang bukti kemampuan – TMJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tunku Ismail menyampaikan jersi JDT kepada Pengarah Urusan Universal Music Kim Lim dan Joe Flizzow di Kelab Bolasepak Johor Darul Takzim Stadium Sultan Ibrahim , Iskandar Puteri. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon perlu diberikan ruang membuktikan kemampuan untuk mengendali skuad kebangsaan bagi mengecapi pencapaian terbaik.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, pemerhati dan peminat tidak seharusnya menilai kemampuan pengendali kelahiran Korea Selatan itu hanya berdasarkan beberapa aksi perlawanan sahaja.

Tunku Mahkota Johor Yang juga bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu percaya Pan Gon mempunyai ramuan yang tepat untuk memacu skuad Harimau Malaya.

“Masih terlalu awal untuk menilai, tak boleh membuat penilaian dalam dua ke tiga perlawanan sahaja. Dalam bola sepak ini, kita kena ‘trust the process’.

“Saya masa awal ambil alih JDT dahulu tidak menang apa-apa pada Tahun pertama, kalah memanjang, dapat seri pun syukur sangat.

“Kita tidak boleh menilai seseorang jurulatih itu dalam satu musim sahaja, sekurang-kurangnya kena bagi dia masa dua musim, bagi dia masa kerana dia tahu apa nak buat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JDT, di sini hari ini.

Harimau Malaya dijadual berlepas ke Singapura pada 22 Mac untuk menghadapi dua perlawanan Tier 1 menentang Filipina pada 23 Mac, diikuti Singapura (26 Mac) sebelum bertemu kelab Liga Singapura , Albirex Niigata FC pada 28 Mac.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI