fbpx

Isu 40 peratus hasil Sabah belum muktamad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr Maximus.

KUALA LUMPUR – Isu pemberian khas 40 peratus hasil negeri Sabah dikutip kerajaan Persekutuan seperti termaktub dalam Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan masih belum muktamad.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, perkara itu sebaliknya akan dibincangkan dalam mensyuarat Jawatankuasa Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, mesyuarat itu dijangka diadakan selepas selesai sidang Dewan Rakyat penggal kali ini yang berakhir minggu depan bagi membincangkan keputusan Jawatankuasa Perundingan Bersama (JCC).

“Jadi, kita tunggulah Majlis Khas yang akan diadakan apabila selesai sidang Parlimen pada minggu hadapan,” katanya semasa menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, usul Menjunjung Kasih Titah Diraja diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas 27 kementerian selesai menggulung perbahasan yang berlangsung selama empat hari bermula Isnin lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI