fbpx

Bandar Bentong dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian banjir kilat di sekitar bandar Bentong malam ini.

BENTONG – Hujan lebat sejak pukul 5 petang tadi menyebabkan berlaku kejadian banjir kilat di sekitar bandar Bentong dan beberapa buah kampung berhampiran Sungai Penjuring di sini sebentar tadi.

Antara kampung yang terjejas adalah Kampung Perting, Kampung Kemansur, Kampung Repas, Kampung Chamang dan Kampung Sungai Penjuring.

Air dari Sungai Penjuring mula melimpah ke kawasan bandar Bentong kira-kira pukul 10 malam sebelum mula surut kira-kira pukul 11.30 malam.

Kejadian telah menimbulkan kegemparan dalam kalangan penduduk di daerah ini yang baru sahaja berhadapan kejadian banjir besar pada penghujung tahun lalu.

Seorang penduduk Kampung Chegar Medang dikenali sebagai Ani berkata, dia mengemas barang dan menyimpannya di dalam kereta sebagai persediaan untuk berpindah ke tempat selamat.

“Saya risau kerana air sungai Marong sudah hampir ke jalan dan kawasan bandar telah dinaiki air manakala bahagian dapur rumah saya juga mula dinaiki air,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI