fbpx

TVET dilaksanakan di pusat tahfiz seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Awang (dua kiri) melancarkan Tahfiz-TVET sambil disaksikan Hakimah (kiri), hari ini. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Semua pusat tahfiz di negara ini akan dilengkapkan dengan modul kokurikulum Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam meningkatkan tahap kemahiran dan kebolehpasaran mereka.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pihak telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Tahfiz-TVET dalam membantu dan menasihati institusi tahfiz negara dalam memperkasa kurikulum, bahan pengajaran dan pembelajaran selain personel dan persijilan melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).

Katanya, laluan kerjaya dalam bidang TVET perlu dikemaskan bagi memastikan lepasan pelajar tahfiz mempunyai hala tuju lebih jelas selepas menamatkan pengajian

“Kita ada tahfiz awam dan swasta merata-rata dan ini cuma penambahbaikan. Jika sebelum ini mereka hanya ada ilmu tahfiz dan gunakannya untuk menjadi iman, penghafaz al-Quran dan sebagainya selain bilal dan siak sahaja.

“Tetapi kita hendak lebarkan bahawa islam itu syumul iaitu boleh kepada semua benda iaitu walaupun mengaji tahfiz tetap boleh memasuki ke semua pasaran selaras dalam Revolusi Perindustrian 4.0,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan Tahfiz- TVET Malaysia antara Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Kementerian Sumber Manusia dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff.

Difahamkan terdapat 1,177 pusat tahfiz swasta berdaftar dengan pihak berkuasa agama negeri dan hanya 100 daripadanya setakat ini telah melaksanakan Tahfiz-TVET.

Awang menjelaskan, pihaknya masih meneliti dan mengemaskini peringkat bagi modul Tahfiz-Tvet tersebut sama ada dilaksanakan sejak tingkatan satu atau sebaik mereka tamat pengajian tahfiz di pusat mereka.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan pihaknya dalam rangka mendapatkan penarafan sijil kemahiran antara tahap 6 hingga 8 bagi melestarikan lagi para pelajar TVET ini.

“Setakat ini, kita sudah dapat sehingga tahap 5 ( yang setara Diploma Lanjutan Kemahiran) dan kalau boleh dapatkan tahap 6 (setara dengan Ijazah Sarjana Muda) juga kepada tahfiz-TVET ini.

“Kita mahu TVET menjadi pilihan awal kepada ibu bapa berbanding sebelum ini dianggap sebagai peluang akhir dalam tahap pendidikan formal mereka,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI