fbpx

Saintis bangunkan vaksin virus Nipah yang berkesan hanya tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Virus Nipah jauh lebih berbahaya dengan kemampuan membunuh sehingga tiga perempat daripada individu yang dijangkiti. – Shutterstock

LONDON – Sejenis vaksin yang boleh melindungi sistem imunisasi badan daripada virus Nipah dalam masa hanya tiga hari berjaya dibangunkan oleh sekumpulan saintis dari Universiti Oxford dan Universiti Texas, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin. 

Berdasarkan kajian klinikal ke atas enam ekor monyet, kesemua haiwan itu diberikan suntikan vaksin percubaan tujuh hari sebelum terdedah kepada virus Nipah. 

Hasilnya mendapati, kesemua haiwan itu terselamat, manakala empat daripadanya yang menerima suntikan tiga hari awal dapat terus hidup seperti biasa.

Sama seperti virus Covid-19, Nipah boleh merebak melalui titisan pernafasan, namun ia jauh lebih berbahaya dengan kemampuan membunuh sehingga tiga perempat daripada individu yang dijangkiti.

Ia juga telah disenaraikan sebagai salah satu virus yang berkemungkinan besar akan menyebabkan wabak global seterusnya oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Buat masa ini, tiada vaksin yang diluluskan untuk manusia, namun sekurang-kurangnya lapan sedang diuji pada haiwan termasuk yang dijalankan oleh Universiti Oxford.

Walau bagaimanapun, kebanyakan kajian mencadangkan bahawa imuniti mengambil masa kira-kira sebulan hingga lima minggu untuk memberi kesan.

Suntikan vaksin Nipah berfungsi seperti vaksin AstraZeneca bagi Covid-19 iaitu menggunakan virus lemah untuk menghantar ketulan protein Nipah ke sel badan, di mana ia tidak boleh mereplikasi serta merebak.

Keadaan itu memberi peluang kepada badan untuk mengenal pasti sumber virus asing dan melawan jangkitan dengan lebih mudah.

Vaksin itu juga menggunakan virus daripada kumpulan yang sama dengan penyakit anjing gila yang telah diubah suai supaya tidak boleh menyebabkan gejala. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI