fbpx

Pendaki Gunung Tahan meninggal dunia dipercayai cirit-birit, hilang tenaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT mangsa dibawa turun daripada helikopetr polis selepas mendarat di Padang Dataran Residen di Kuala Lipis hari ini.

LIPIS – Hasrat seorang pendaki untuk menamatkan ekspedisi mendaki Gunung Tahan tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan turun dari puncak itu di Kem Kor kira-kira 13 kilometer dari lokasi penamat Kuala Juram, Merapoh di sini hari ini.

Mangsa, Raja Azlan Shah Raja Abdul Aziz, 51, dari Petaling Jaya, Selangor meninggal dunia pada pukul 12.30 tengah hari dipercayai kehabisan tenaga dan lemah selepas mengalami cirit-birit selama dua hari.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Lipis mengenai seorang pendaki kehabisan tenaga untuk meneruskan perjalanan.

“Siasatan mendapati kumpulan pendaki terdiri daripada 12 orang kesemuanya lelaki dari Selangor yang dipandu arah dua malim gunung.

“Mereka mula mendaki pada 12 Mac lalu dan dijangka pulang dan tiba di Kuala Juram pada 16 Mac (hari ini), namun semasa dalam perjalanan turun mangsa hilang tenaga dan lemah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Azli, malim gunung melaporkan mangsa mengalami cirit birit selama dua hari dan tidak makan sehingga lemah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI