fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat di negeri Pantai Timur, Perak dan Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan hujan lebat serta ribut petir sedang berlaku di beberapa kawasan sekitar Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Pahang pagi ini.

MetMalaysia dalam laporan cuaca di YouTube berkata, di Perak taburan hujan lebat ketika ini sedang tertumpu sekitar daerah Larut, Matang dan Selama serta Kerian dan dijangkakan beransur reda tidak lama lagi.

Selain itu, bagi Negeri Sembilan, cuaca buruk yang sama dilihat berlaku di Jelebu dan Kuala Pilah.

“Keadaan ini dijangka berterusan sehingga pukul 11 pagi hari ini.

“Di Pantai Timur, hujan lebat serta ribut petir dilaporkan melanda sekitar negeri Terengganu dan Pahang dan akan berlanjutan sehingga awal tengah hari nanti,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN