fbpx

Hajat besar Mickey bersama skuad Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL mahu membuktikan kredibiliti sebagai pemain berkelas antarabangsa selepas mendapat ‘nyawa kedua’ apabila dipanggil serta skuad kebangsaan di bawah kendalian Pan-Gon.

SELEPAS terpaksa menunggu lebih lama untuk beraksi di pentas Liga Malaysia (Liga M), tonggak Terengganu, Mohd. Faisal Halim hadir ke Kuala Lumpur dengan dua misi berbeza untuk dilunaskan bersama skuad kebangsaan.

Walaupun belum lagi merasai aksi kompetitif musim ini, Mohd. Faisal atau lebih dikenali sebagai Mickey berasa begitu bertuah kerana masih mendapat kepercayaan, sekali gus menjadikan peluang itu platform dirinya ‘balas dendam’ selepas dihimpit jangkitan Covid-19 pada Piala AFF di Singapura sebelum ini.

Kekecewaan gagal mengha­dirkan impak besar buat Harimau Malaya pada Piala AFF ­nyata masih berbekas dan Mickey melihat penampilannya di bawah Kim Pan-gon kali ini menjadi ‘nyawa kedua’ buatnya membuktikan kredibiliti sebagai pemain berkelas antarabangsa.

“Sudah pasti saya kecewa kerana pergi ke sana (Piala AFF) hanya bermain satu perlawanan. Memang kita tidak mahukan keputusan itu tetapi apakan daya ini takdir kita dan saya juga percaya kepada rezeki.

“Ini peluang kedua saya bersama skuad kebangsaan dan saya juga mahu buktikan sesuatu kepada jurulatih. Pemain dapat rasakan kesungguhan jurulatih dan apa yang boleh saya katakan, jurulatih baharu ini mampu bawa pasukan ke arah lebih baik.

“Saya tidak akan lepaskan peluang ini. Sekarang terpulang kepada pemain untuk ikut perancangan jurulatih,” katanya.

Dalam perkembangan lain, seluruh peminat Kuala Lumpur City pasti gembira apabila hero Piala Malaysia, Zhafri Yahya dipanggil menyertai latihan Harimau Malaya bagi menggantikan Darren Lok yang terpaksa digugurkan selepas positif Covid-19.

Kelmarin, Darren yang sudah melaporkan diri tidak dapat menyertai latihan pertama, namun ujian kedua menerusi poly­merase chain reaction (PCR) mengesahkan penyerang Peta­ling Jaya City itu positif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI