fbpx

TV AlHijrah tangguh siaran episod isu ‘Kak Long 7E’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar Kak Long 7E (tengah) tular ketika hadir di sebuah stesen televisyen berkenaan.

PETALING JAYA – Stesen televisyen TV AlHijrah mengambil keputusan untuk menangguhkan siaran episod yang melibatkan kehadiran ‘Kak Long 7E’.

TV AlHijrah dalam satu kenyataan berkata, penangguhan itu dibuat selepas mengambil kira kegelisahan yang tercetus susulan daripada program tersebut.

“Program Trending merupakan sebuah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.

“Kehadiran Kak Long 7E di studio juga disertai oleh Ustazah Isfadiah Mohd. Dasuki sebagai panelis yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada Kak Long 7E agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa sahaja isu di mana-mana platform khususnya di media sosial,” katanya di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, pihak TV AlHijrah mengucapkan terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan agar lebih bermanfaat.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tindakan stesen televisyen itu menjemput seorang wanita yang videonya memarahi pekerja sebuah kedai serbaneka mendapat kecaman orang ramai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI