fbpx

VAT69 mendarat atas bumbung rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang pegawai VAT69 yang sedang melakukan latihan payung terjun terpaksa mendarat di atas bumbung sebuah rumah.

PETALING JAYA – Penduduk di sebuah taman perumahan dikejutkan dengan bunyi penggera keselamatan dari sebuah rumah selepas seorang pegawai VAT69 ‘mendarat’ di atas bumbung rumahnya.

Sebuah video berdurasi 10 saat memaparkan pegawai tersebut yang dipercayai sedang melakukan latihan payung terjun terpaksa mendarat di atas bumbung sebuah rumah di Taiping, Perak .

Susulan kejadian itu, penggera keselamatan di rumah tersebut juga berbunyi dengan kuat sekali sehingga menarik perhatian jiran-jiran sekelilingnya.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata pengguna terkejut dengan kejadian itu selain turut meluahkan rasa lega kerana pegawai tersebut dilihat berada dalam keadaan selamat.

“Alhamdulillah, janji selamat, tak apalah atas bumbung rumah orang sekali pun,” kata Azhar.

“Terhibur tengok, tapi nasib baik selamat dan bumbung rumah orang itu pun tak runtuh,” kata Noraini.

“Nasib baik tidak mendarat di tempat yang tidak sepatutnya. Tak sengaja kan,” kata Sal.

Sehingga kini video berkenaan ditonton lebih 20,000 kali dan mendapat 300 tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI