fbpx

Onn Hafiz angkat sumpah Menteri Besar Johor ke-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim (kanan) berkenan melantik Onn Hafiz sebagai Menteri Besar Johor ke-19, sebentar tadi. /FOTO ROYAL PRESS OFFICE

JOHOR BAHRU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor Ke-19 di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebentar tadi.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad.

Onn Hafiz menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor, yang berlangsung di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene di sini.

Beliau yang sebelum ini memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor amat aktif dalam pergerakan generasi muda.

Onn Hafiz memenangi kerusi DUN Machap dengan meraih 11,029 undi mengetepikan tiga pencabar lain iaitu Azlisham Azahar (Perikatan Nasional), R. Sangaran (Muda) dan Datuk Dr. Sharuddin Md. Salleh (Pejuang).

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung Sabtu lalu, BN meraih kemenangan besar dengan mencatatkan kejayaan dua pertiga apabila memenangi 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 kerusi. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI