fbpx

Ibu, nenek sanggup duduk berhimpit, kereta penuh keladi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan gelagat dua orang wanita yang terpaksa berhimpit apabila kereta mereka dipenuhi dengan pokok keladi.

PETALING JAYA – Memiliki pokok hiasan seperti keladi eksotik semakin menjadi kegilaan orang ramai ketika ini, bahkan ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit demi mendapatkannya.

Terbaharu, tular di media sosial sebuah video memaparkan dua orang wanita membeli beberapa jenis pokok keladi sehingga memenuhi ruang kereta.

Menerusi perkongsian @athirahpesal, situasi di dalam kereta berkenaan telah mencuri tumpuan orang ramai yang rata-ratanya terhibur melihat keadaan tersebut.

Difahamkan, dia dan keluarganya dalam perjalanan pulang dari sebuah kedai yang menjual pokok bunga.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila ibu dan neneknya yang berada di tempat duduk belakang kereta terpaksa berhimpit sambil memegang pokok keladi yang dibeli sehingga tuan badan agak terlindung kerana telah ditutupi dengan pokok.

Selain itu, wajah kedua-duanya dilihat sangat berpuas hati disebabkan berjaya membeli pokok keladi sebanyak itu dan sudah menjadi lumrah kaum wanita yang suka membuat koleksi pelbagai tanaman di rumah.

Sehingga kini, video yang dikongsikan telah menerima lebih sejuta tontonan dan orang ramai turut meninggalkan komen-komen menarik susulan terhibur dengan gelagat dua wanita tersebut.

“Muka mak dan nenek dia memang nampak seronok betul, sanggup duduk berhimpit, asalkan pokok keladi banyak bawa balik,” kata Sara.

“Sama macam mak aku, ajak pergi pasar bukan nak beli bahan untuk memasak, tapi penuh dibawa baliknya macam-macam jenis pokok bunga,” ujar Lia Amelia.

“Ini lah orang kata taman dalam kereta, hilang penumpang belakang, pokok lagi banyak lagi besar dari orang,” seloroh Gemini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI