fbpx

Saya juga perlu bersedia – Akram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKRAM kekal bersemangat meskipun tidak dipilih oleh Pan-gon untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya.

BINTANG tengah Kuala Lumpur City, Akram Mahinan langsung tidak berkecil hati selepas namanya tidak berada dalam senarai 30 pemain yang dipanggil oleh ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon untuk me­nyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya.

Walaupun sering mendapat panggilan ketika era Tan Cheng Hoe, Akram merasakan Pan Gon pasti mempunyai alasan tersendiri untuk hanya mele­takkan namanya dalam senarai bersedia bersama tiga lagi pemain KL City.

Sebagai pemain profesional, Akram merasakan perkembangan ini membuatkannya terus bersemangat untuk memperbaiki kelemahan, sekali gus membolehkannya terpilih menyertai Harimau Malaya pada masa akan datang.

“Apabila berada dalam se­narai menunggu, secara tidak langsung saya pun kena bersedia (sekiranya dipanggil sertai pasukan) dan perlu bekerja lebih keras.

“Terpulang kepada jurulatih kerana saya pasti dia ada cara dan taktikal tersendiri. Soal kecewa tidak pernah ada kerana siapa saja yang terpilih, mereka pastinya pemain terbaik,” katanya.

Latihan negara yang bermula semalam adalah tugasan pertama kendalian Pan-gon sebelum berangkat ke Singapura bagi menghadapi aksi persahabatan menentang Filipina dan Singapura.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memilih Pan-gon sebagai pengendali baharu Harimau Malaya selepas peletakkan jawatan Cheng Hoe ekoran kegagalan pada Piala AFF Di­sember lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI