fbpx

Terhebat sepanjang zaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO (tengah) meraikan jaringan hatrik ketika membantu United menewaskan Spurs 3-2 pada aksi EPL di Stadium Old Trafford awal pagi semalam. - AFP

MANCHESTER – Cristiano ­Ronaldo cipta rekod selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam bola sepak profesional selepas rakam hatrik untuk membantu kemenangan 3-2 Manchester United ke atas Tottenham Hotspur di Old Trafford, kelmarin.

Walaupun Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) tidak menyimpan rekod secara rasmi, kapten Portugal itu kini mengumpul 807 gol, namun badan induk itu menganggarkan jumlah itu mengatasi rekod 805 yang dilakukan oleh Josef Bican yang dilakukan sekitar 1931 hingga 1955.

Ronaldo menyamai jumlah gol Bican ketika meledak gol pertama pada minit ke-12 sebelum menambah dua lagi pada minit ke-38 dan 81, sekali gus merekodkan hatrik ke-59 sepanjang kariernya serta kali pertama sejak kembali ke Old Trafford.

Bagaimanapun, FA Czech mengatakan Bican sebenarnya mengumpu 821 gol. Selain itu, Pele dan Romario juga meledak lebih 1,000 gol, namun statistik itu termasuk ketika aksi peringkat amatur, perlawanan tidak rasmi dan aksi persahabatan.

Bagaimanapun, pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick nyata puas dengan apa yang diserlahkan Ronaldo dan seluruh pasukan.

“Ia prestasi terbaik sejak dia (Ronaldo) mula tiba di kelab ini. Dia berlatih dengan baik dan sebab itu saya ambil keputusan untuk menyenaraikannya dalam kesebelasan utama.

“Aksi yang hebat, begitu juga dengan pemain lain. Tidak hanya berkisar kepada tiga gol tetapi ia sebahagian daripada pasukan ini,” katanya.

Sementara itu, Paul Pogba menjelaskan yang kehadiran Ronaldo tidak pernah menjadi satu beban buat pasukan dan impaknya sudah diserlahkan dalam perlawanan kali ini.

“Dia tidak pernah menjadi masalah kepada kami dan dia adalah penyerang terbaik dalam sejarah kelab ini. Kali ini, dia sudah membuktikan kenapa dia adalah Cristiano Ronaldo,” kata Pogba. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI