fbpx

Camila Cabello tertayang payu dara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAMILA CABELLO

PENYANYI Camila Cabello terpaksa menanggung malu selepas tidak sengaja menayang bahagian payu daranya ketika ditemu bual dalam sebuah program televisyen.

Kejadian memalukan itu berlaku ketika penyanyi berusia 25 tahun itu dijemput sebagai tetamu dalam program The One Show terbitan BBC.

Pengacara program itu, Alex Jones telah meminta Cabello untuk menunjukkan aksi satu tarian popular. Bekas kekasih kepada penyanyi Shawn Mandes yang ketika itu sedang duduk, telah berdiri dan merapikan pakaiannya sebelum menari.

Bagaimanapun, tanpa sengaja pakaian yang dipakai pelantun lagu Havana itu terselak sehingga menampakkan bahagian puting payu daranya.

“Saya ingin pengsan selepas kejadian memalukan itu berlaku. Semua yang berlaku adalah kerana kesalahan saya sendiri kerana bersikap degil. Sepatutnya saya mendengar kata perunding imej,” katanya.

Sebelum siaran langsung, Cabello mulanya dinasihatkan perunding imej agar memakai pelindung puting payu dara (nip cover), namun tidak diendahkannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI