fbpx

Wanita jumpa tikus di wad kanak-kanak tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seekor tikus yang berkeliaran di persekitaran wad kanak-kanak di sebuah hospital.

PETALING JAYA – Penampakan seekor tikus di dalam wad kanak-kanak di sebuah hospital kerajaan mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Menerusi satu klip video yang dimuat naik oleh dayana radzuan di laman sosial miliknya, haiwan tersebut dilihat berkeliaran di bawah salah satu katil di wad berkenaan.

Berhubung perkara tersebut, katanya, aduan juga telah dibuat kepada pihak hospital, namun tidak dilayan.

Bagaimanapun, lokasi sebenar kejadian tidak dapat di kenal pasti.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai turut berkongsi pengalaman mereka berjumpa haiwan berkenaan ketika mengunjungi hospital kerajaan.

“Pernah merasa situasi ni masa jaga arwah dulu dekat wad. Kalau boleh nak panjat katil masa tu,” kata NurFarah.

“Tak pelik awak, masa saya duduk wad bersalin dulu siap naik atas meja ambil ikan kawan sebelah,” seloroh Yanaaa.

Dalam pada itu, orang ramai juga dilihat turut menyeru pihak berkaitan supaya mengambil tindakan segera.

“Tikus tu pembawa kuman. Jika najis atau kencing dia masuk makanan, boleh menyebabkan maut lagi-lagi wad kanak-kanak. Minta pihak berkaitan jalankan tugas,” ujar JuneMS. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI